Utama Blog

Blog

Fakta Sulaman Berkomputer – Kelebihan Dan Kegunaannya

Fakta Sulaman Berkomputer – Kelebihan Dan Kegunaannya

Banyak perniagaan yang memilih sulaman berkomputer pada baju uniform mereka. Sulaman pada baju memberikan penampilan yang profesional kepada si pemakai.

Selain itu, sulaman tidak akan rosak bila dibasuh dan mampu menahan suhu yang tinggi. Jadi, mari kita menyelam lebih lanjut tentang fakta sulaman berkomputer.

Kelebihan Sulaman Berkomputer

embroidery sulaman berkomputer printing tshirt

Tahan Lama

Kalau dalam bentuk cetakan baju, cetaknya akan tertanggal atau rosak setelah beberapa kali basuhan. Manakala, sulaman lebih kukuh kerana warnanya tidak luntur atau mengelupas dan dapat  menahan kitaran basuhan yang banyak.

Fleksibel

Kebiasaan benang yang digunakan untuk sulaman adalah jenis yang nipis dan fleksibel. Hal ini membolehkan benang disulam ke mana-mana bahagian kain dalam pelbagai bentuk.

Tebal Dan Kukuh

Setiap sulaman susah untuk rosak kerana jahitan sulaman adalah halus dan kemas. Selain itu, sulaman tahan kepada kerosakan yang akan berlaku dan membolehkan ia mengekalkan sulaman untuk kadar masa yang panjang.

Kegunaan Sulaman Berkomputer

servis sulaman berkomputer embroidery shah alam

Sulaman berkomputer boleh digunakan untuk tag nama atau logo pada produk anda. Permintaan yang popular oleh pelanggan kami adalah mereka memilih untuk menyulam logo produk mereka seperti slogan, imej, atau nama.

Kami boleh membantu anda untuk apa sahaja sulaman reka bentuk atau teks yang anda inginkan bagi material seperti berikut:

  • Baju uniform
  • Baju korporat
  • T-shirt polo
  • Topi
  • Beg
  • Tuala
  • Jaket
  • Hoodie
  • Tag nama dan logo

Tips Pemilihan Reka Bentuk Untuk Sulaman Berkomputer

Warna Dalam Reka Bentuk Sulaman

Walaupun semua warna benang tidak tersedia dalam sulaman, sulaman berkomputer dapat menghasilkan sebahagian besar daripada warna sulaman yang anda inginkan. Akan tetapi, warna-warna ‘gradient’ dan ‘shade’ agak sukar untuk dihasilkan.

Warna-warna biasa yang banyak digunakan dalam sulaman adalah warna seperti hitam, putih, merah dan lain-lain.

Reka Bentuk

Sesuatu reka bentuk yang terlalu spesifik tidak dapat dihasilkan. Reka bentuk yang mempunyai gabungan teks atau titik yang kecil sukar untuk dihasilkan dengan tepat.

Hal ini disebabkan, sifat benang sulaman yang digunakan dalam jahitan. Kebanyakan logo bersulam menggunakan garisan yang tebal sekurang-kurangnya 0.3 cm dan teks 0.5 cm.

Saiz Sulaman

Saiz sulaman ini ditentukan oleh kedudukannya pada baju. Jika anda ingin sulaman pada bahagian tengah dada, sulaman itu lebih cantik dengan saiz yang besar. Manakala, untuk bahagian poket atau lengan, lebih sesuai dengan saiz sulaman yang kecil.

Tahukah anda? Mafeya Apparel menyediakan perkhidmatan sulaman berkomputer.

Jika anda ingin tahu maklumat yang lebih lanjut tentang perkhidmatan sulaman berkomputer kami, anda boleh mengunjungi showroom kami di Seksyen 7, Shah Alam atau hubungi kami di talian 017-229 0224 untuk sebarang pertanyaan.

LOKASI SHOWROOM

Mafeya Apparel
TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

mafeya sdn bhd
Follow kami di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Sebut Harga