Tempahan Baju Korporat Berkualiti Untuk Staff Kerajaan & Swasta
Shah Alam, ibu negeri Selangor, bukan sahaja dikenali sebagai pusat perniagaan yang pesat membangun, malah turut menjadi pilihan utama untuk tempahan baju custom terus dari kilang. Salah satu permintaan paling popular adalah baju korporat custom khas untuk kakitangan sektor kerajaan dan swasta. Bagi mendapatkan hasil yang kemas, selesa dan mampu menyerlahkan identiti organisasi, pemilihan kilang jahit yang berpengalaman dan berkualiti amatlah penting. Dalam artikel ini, kami akan kupas mengapa kilang jahit memainkan peranan penting dalam proses tempahan baju custom anda, serta apakah ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan.
Apa Yang Perlu Anda Cari Dalam Kilang Jahit Custom?

Proses Rekaan Baju Korporat
Setiap organisasi mempunyai identiti tersendiri dan kilang yang profesional mampu menawarkan pelbagai pilihan dari segi kolar, jenis kain hingga ke potongan yang boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut keperluan pelanggan.
pilihan fabrik

Material Berkualiti dan Selesa
Antara pilihan fabrik yang biasa digunakan termasuklah Viscose (Double Yarn), Mini Drill (comb cotton), T/C Drill, Polyester Gaberdine dan Polity Soft. Pemilihan kain yang sesuai amat penting dan perlu disesuaikan dengan situasi kerja. Sebagai contoh, bagi kakitangan yang bertugas di lapangan, mereka memerlukan kain yang cepat kering dan tahan lasak bagi memastikan keselesaan sepanjang hari.

Jahitan Kemas & Profesional
Kualiti jahitan memainkan peranan besar dalam menentukan penampilan keseluruhan. Oleh itu, setiap pakaian perlu dijahit dengan kemas, simetri dan tahan lama bagi memastikan imej profesional sentiasa terjaga.

Mampu Siap Dalam Tempoh Diperlukan
Tempahan untuk program rasmi selalunya terikat dengan tarikh akhir tertentu. Kilang yang berpengalaman tahu bagaimana untuk mengurus pengeluaran dengan cekap tanpa menjejaskan kualiti hasil akhir.

Khidmat Pelanggan yang Mesra & Responsif
Komunikasi yang berkesan amat penting bagi memastikan setiap proses berjalan lancar, bermula dari kelulusan reka bentuk sehinggalah ke proses penghantaran. Pasukan yang responsif dan mudah dihubungi turut membantu melancarkan urusan dan memberikan keyakinan kepada pelanggan.
kemudahan dan teknologi canggih
Kilang kami dilengkapi dengan mesin jahit moden yang membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan lebih efisien dan pantas. Kami turut menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap produk mencapai standard kualiti tertinggi. Dengan ruang kerja yang luas serta sokongan kakitangan berpengalaman, kami mampu memenuhi tempahan dalam jumlah besar sambil memastikan setiap pelanggan menerima layanan dan hasil kerja yang terbaik.

Kenapa Pilih kedai jersey?
Sebagai sebuah Kilang Baju Korporat yang beroperasi di Shah Alam, kami berpengalaman membantu pelbagai pelanggan termasuk jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan syarikat swasta dalam menyediakan baju seragam, t-shirt korporat serta pakaian aktiviti yang menepati keperluan dan kehendak mereka.
✅ 14 Tahun Pengalaman dalam Industri
✅ Khidmat Nasihat Design Percuma
✅ Sizing yang Flexible XS-11XL
✅ Kualiti Dijamin & Harga Berpatutan
✅ Tempahan Terus dari Kilang (Tiada Orang Tengah)
✅ Warranty Disediakan (T&C)
Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan memerlukan tempahan disiapkan dalam tempoh yang singkat. Justeru itu, kami menawarkan perkhidmatan express order khusus untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera tanpa menjejaskan kualiti.
Dapatkan Sebutan Harga Hari Ini!
Jika anda sedang mencari Kilang Custom Baju Korporat di Shah Alam, kami sedia membantu. Dengan komitmen terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan, kami menyediakan perkhidmatan terbaik serta hasil jahitan yang memenuhi setiap keperluan anda. Hubungi kami hari ini untuk sebarang pertanyaan atau tempahan!
lokasi showroom kami
KEDAI JERSEY
21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 0199448595 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!